Kehidupan dan kerjaya B._H._Liddell_Hart

Dilahirkan di Paris sebagai anak lelaki pada paderi minister Methodist Inggeris, Liddell Hart menerima pendidikan rasminya di St Paul's School di London dan di Kolej Corpus Christi, Cambridge.

pada permulaan Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 dia menjadi pegawai dalam Infantri ringan Kings Own Yorkshire dan beraksi di Perbatasan Barat (Perang Dunia Pertama). Jumlah keseluruhan Liddell Hart dalam pertempuran adalah tujuh minggu selama tempoh dua tahun sebelum Tentera menurun tarafnya kepada "tugasan ringan" pada tahun 1916 akibat kesan terjejas gas[1] Dipindahkan akhirnya sebagai Inspektor Jeneral Latihan bagi Tentera British bagi Tentera British di perancis melalui pelbagai lantikan dalam batalion sukarelawan latihan United Kingdom (unit barisan ke-4), dia menyumbang kepada buku panduan rasmi selepas perang bagi Latihan Infantri yang diterbitkan pada tahun 1920. Selepas perang dia ditukarkan ke Kor Pendidikan Tentera DiRaja.

Pada April 1918 Liddell Hart mengahwini Jessie Stone, anak perempuan J. J. Stone – yang menjadi pembantu adjutantnya di Stroud[2] – dan anak lelaki mereka Adrian Liddell Hart dilahirkan di 1922.[3]

Liddell Hart bersara dari Tentera sebagai Kaptain pada tahun 1927 (selepas diletakkan separuh gaji sejak 1923 akibat dua serangan jantung serdahana ("myocardial infarction") pada tahun 1921 dan 1922, terutamanya kesan jangka panjang akibat digas), dan menghabiskan baki kerjayanya sebagai penulis. Dia bekerja sebagai Military Correspondent bagi Daily Telegraph dari tahun 1925–1935, dan The Times, 1935-1939. Kemudian dia mula menerbitkan sejarah tentera dan biographi komander agung yang, dia anggap, memaparkan keagungan kerana mereka menunjukkan prinsip strategi tentera yang baik. Subjeknya termasuk Scipio Africanus Major, William Tecumseh Sherman dan T. E. Lawrence.

Pada 4 September 2006, fail MI5 yang dahulunya rahsia membongkar bahawa MI5 mensyaki kebocoran rancangan pendaratan D-Day, dan bahawa Liddell Hart telah mengetahui kesemua perincian tiga bulan sebelum pendaratan berlaku, membincangkannya, dan malah menyediakan kritikan, berjudul Bayangan Semula Masaalah Menjajah Benua, yang dia sebarkan dikalangan tokoh poliik dan tentera. Kritikannya sebelum ini mengenai arah pertempuran dalam Perang Dunia Kedua menimbulkan lebih syakwasangka, malah sebagai pesimpati Jerman, sungguhpun kebanyakan biographers moden menerima pertahan diri Liddell Hart bahawa dia menyediakan rancangan itu sendirian dan bukannya dibocorkan kepadanya. Winston Churchill menuntut Liddell Hart ditahan, tetapi MI5 sebaliknya meletakkannya di bawah pengawasan, memintas surat dan panggilan telefonnya.[4][5]

Tidak lama selepas Perang Dunia Kedua Liddell Hart mewawancara atau debriefed ramai dari jeneral Jerman berjawatan tinggi dan menerbitkan kisah mereka sebagai Sebelah Sana Bukit ("The Other Side of the Hill") (Edisi UK, 1948) dan Jeneral Jerman Bercakap (Edisi US Padat, 1948). Kemudian Liddell Hart berjaya menyakinkan keluarga Erwin Rommel bagi membenarkannya menyunting kertas kerja fil marshal Jerman yang terselamat dalam bentuk yang dia terbitkan pada tahun 1953 sebagai pseudo-ingatan, Kertas Rommel.

Ratu Britan melantik Liddell Hart Knight Bachelor semasa Penghormatan Tahun Baru 1966.